Monday, 16 September 2013
Tragedi Penyembelihan Sabra dan Shatila
DIPOS OLEH Unknown
PADA 07:55
Sabra dan
Shatila adalah 2 daripada kem pelarian bagi rakyat Palestin yang terletak di
Beirut, Lubnan. Kem pelarian ini wujud selepas peristiwa Nakbah Palestin pada
tahun 1948.
Tanggal
16-18 September 1982 menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di
kem ini. Serangan bertubi-tubi dan tragis telah dilakukan oleh pengganas Zionis
Israel atas arahan dalang yang terbesar; Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Ariel
Sharon.
Ariel
Sharon telah mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku tehadap Milita Phalangist
Kristian di Lubnan bagi menghapuskan pelarian Palestin yang terpaksa menumpang
di Lubnan setelah dihalau ketika tragedi Nakbah 1948.
Apakah krisis
yang berlaku ke atas milita Phalangist Kristian di Lubnan dan rentetan
peristiwa?
Tanggal 11
September 1982 Menteri Pertahanan Ariel Sharon yang juga merupakan arkitek
bagi penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan terdapat lebih kurang
2000 pengganas yang masih berada di sekitar kem pelarian di Beirut, Lubnan.
Penuh
dengan rancangan yang rapi dan penuh dengan tipu daya, 3 hari selepas itu Presiden
Lubnan yang juga merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan; Basher Gemayel telah
terbunuh dalam letupan bom yang berlaku di ibu pejabatnya oleh sekumpulan
bersenjata iaitu pada tanggal 14 September 1982.
Dengan alasan
terdapatnya pengganas di sekitar kem pelarian di sekitar Beirut, Lubnan pada
tanggal 15 September 1982 bermulalah pengepungan oleh tentera Zionis
Israel dan laluan di kem Sabra dan Shatila telah ditutup.
Keesokan
harinya 16 September 1982, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah
mengadakan perjumpaan dengan Ketua Milita Phalangist Lubnan untuk menjemput
mereka masuk ke kem Sabra dan Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’.
Serangan yang dilakukan selama 3 hari
berturut-turUt (16- 18 September 1982) telah mengorbankan lebih kurang 3 500 orang pelarian Palestin.
Bagaimana
serangan dilakukan?
Serangan
pertama dilakukan apabila 1500 orang milita Phalangist yang masuk ke kawasan
pelarian dengan menggunakan jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan
bersenjatakan senapang, pisau dan parang.
Mereka
membunuh dan menyembelih pelarian yang terdapat di sana dan juga merogol kaum
wanita tanpa belas kasihan.
Manakala
tentera Zionis berkawal di luar kem pelarian untuk memastikan tiada siapa yang
terlepas untuk lari dari kem tersebut. Dan pada sebelah malam pula tentera
Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas kem pelarian bagi meneranginya. Ini
adalah untuk memudahkan kerja-kerja ‘penghapusan pengganas’ oleh Phalangist
Milita diselesaikan.
Dan
pembunuhan demi pembunuhan telah dilakukan sehingga 18 September 1982. Pada hri
tersebut barulah Phalangist Milita meninggalkan kem pelarian tersebut. Dan pada
hari itu jugalah (18 September 1989; selepas pembunuhan puas dilakukan), baru
masyarakat dunia mengetahui hal tersebut.
Saturday, 14 September 2013
Perjanjian Oslo 1993
DIPOS OLEH Unknown
PADA 23:04
Perjanjian Oslo, secara rasminya merujuk kepada Declaration of Principles on interim Self-Government Arrangements (Deklarasi Prinsip-Prinsip Ke Atas Persediaan Pemerintahan Sendiri Sementara) atau ringkasnya Declaration of Principles (DOP). Persetujuan muktamad diterima di Oslo, Norway pada 20 Ogos 1993 setelah ditandatangani secara rasmi dalam satu majlis umum di Washington D.C pada 13 September 1993. Perjanjian ini ditandatangani oleh Mahmoud Abbas bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres bagi pihak Israel.
Turut menyaksikan perjanjian ini ialah Warren Cristopher dari Amerika Syarikat dan Andrei Kozyrev dari Rusia dengan kehadiran Bill Clinton (Presiden Amerika Syarikat), Yasir Arafat (Pengerusi PLO) dan Yitzhak Rabin (Perdana Menteri Israel). Antara kandungan perjanjian ialah :
1. Rakyat Palestin diberikan pemerintahan autoriti di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
2. Sebelum bermula pemerintahan autoriti pada tahun ke-3, sempadan kawasan akan diadakan bagi kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Ia akan menjadi sempadan kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (resolusi 242 dan resolusi 338).
3. Dalam tempoh 2 bulan selepas perjanjian ini dimeterai, kerajaan Israel akan mengundurkan askarnya dari kawasan Semenanjung Gaza dan kawasan Jericho.
4. Selepas 9 bulan pemerintahan autoriti berjalan, satu pilihanraya umum mesti diadakan bagi memilih Pihak Berkuasa Palestin(PA). Pihak PA Cuma mempunyai kuasa memerintah di kawasan yang diberi autonomi sahaja. Sebaik sahaja pilihanraya umum diadakan, tentera Israel mesti berundur dari penempatan rakyat Palestin.
5. Kerajaan yang diterajui pihak PA cuma mempunyai kuasa memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja. Pihak PA tidak boleh membina kekuatan dan senjata bagi menangkis ancaman dan serangan dari luar. Pihak PA tidak mempunyai kuasa di kawasan penempatan Israel di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Pihak PA juga tidak mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa.
6. Kerajaan Israel mempunyai kuasa veto untuk membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legislatif PA.
7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai mesti diselesaikan melalui rundingan bersama.
8. Penyerahan kuasa akan dilakukan secara berperingkat.
9. Pihak PA tidak akan dilabel sebagai pengganas kerana mereka menjaga keamanan rakyat Palestin.
Pihak PA bertanggungjawab menghalang apa sahaja usaha bersenjata ke atas rakyat Israel dan askarnya daripada pihak rakyat Palestin.
Perjanjian Oslo adalah kemuncak kepada siri-siri persetujuan yang dibuat secara rahsia dan terbuka, yang dapat dikesan bermula dengan Persidangan Madrid, 1991 dan dirundingkan di antara PLO dan Israel sebagai sebahagian daripada ‘Proses Damai’ untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel. Namun, erti kata damai tidak pernah terzahir melalui perjanjian tersebut. Malah rejim Yahudi sedang menyusun strategi yang sangat terperinci untuk terus merampas bumi Palestin.
Kandungan perjanjian jelas menunjukkan keuntungan yang menyebelahi mereka. Namun, dikaburi dengan beberapa keterangan yang kelihatan membawa kepada perdamaian. Pada hakikatnya, mereka tidak pernah mematuhi isi kandungan perjanjian yang memihak kepada keuntungan rakyat Palestin.
Dengan adanya perjanjian ini bermakna rakyat Palestin telah kehilangan 77 peratus bumi Palestin dan kuasa pemerintahan rakyat Palestin dihadkan semaksimum mungkin. Mereka cuma dapat memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja. Selain itu, perjanjian ini memberikan ruang yang cukup luas kepada kerajaan Israel untuk meluaskan penempatan mereka di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Menjelang tahun 2000, bilangan penduduk Yahudi di Tebing Barat mencecah 200,000 orang penduduk. Tambahan lagi, termeterainya perjanjian yang berat sebelah ini juga menyebabkan rakyat Palestin tidak mempunyai senjata jika diserang oleh tentera Israel. Menteri Infrastruktur ketika itu, iaitu Ariel Sharon mengarahkan agar semua sumber air di Tebing Barat diletakkan di bawah pengawasan kementeriannya. Tindakan tersebut secara terang mencabul hak rakyat Palestin yang diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.
Ternyata Perjanjian Oslo hanyalah tipu muslihat mereka. Ianya tidak lain, hanyalah cara untuk menghalalkan penindasan melalui ‘undang-undang’ dan perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin Palestin yang merupakan boneka rejim Yahudi. Jika diselongkar, terlalu banyak kekejaman yang menimpa rakyat Palestin berselindung di sebalik Perjanjian Oslo. Hal ini memberi pengajaran kepada umat Islam agar terus berhati-hati dengan tipu muslihat Yahudi dan sentiasa meletakkan langkah berjaga-jaga ketika berhadapan dengan mereka.
Sumber rujukan :
http://sautulhaqq.blogspot.com
http://palestinefolder.blogspot.com
http://www.aqsasyarif.org.my
Tuesday, 20 August 2013
21 OGOS 1969 : Memperingati 44 Tahun Pembakaran Al-Aqsa
DIPOS OLEH Unknown
PADA 13:56
Masihkah kita
ingat tentang tragedi hitam yang pernah dilakukan
ke atas Masjid Al-Aqsa suatu ketika dahulu? Ya. Tarikh 21 Ogos adalah tarikh
keramat buat umat islam seluruh dunia kerana ia adalah peristiwa pencabulan ke
atas masjid Al-Aqsa. Genap 44 tahun peristiwa ini berlaku. Ia bagaikan suatu
penghinaan kepada umat Islam oleh Zionis Israel yang sudah bertahun-tahun
lamanya menyimpan dendam terhadap umat Islam. Tragedi ini berlaku seusai umat
Islam menyempurnakan solat subuh di Masjid Aqsa. Setelah menyedari kebakaran
tersebut, pihak muslimin serta merta mendapatkan air dari perigi-perigi
berdekatan masjid untuk memadamkan kebakaran tersebut. Malangnya, api yang marak
menyebabkan sebahagian masjid telah terbakar.
Siapakah dalang
di sebalik pembakaran Masjid Aqsa?
Michael Dennis Rohan, seorang doktor perubatan yang berasal daripada Australia
adalah orang yang bertanggungjawab di dalam peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Dia
adalah seorang ekstremis yahudi yang sangat membenci Islam. Persoalannya, adakah
dia bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu bersendirian? Jawapannya sudah
tentu tidak. Dia telah dibantu oleh golongan kristian Zionis. Buktinya jelas
dilihat tatkala mereka telah merancang pembakaran tersebut lebih awal lagi
dengan menutup seluruh saluran paip air yang menuju ke Masjid Al-Aqsa. Tidak
cukup dengan itu, pihak polis yang mengawal di sekitar Masjid Aqsa itu turut
menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid
tersebut.
Di sebalik
kejadian pembakaran masjid ini, ada beberapa tujuan dan matlamat Yahudi yang
mesti diketahui oleh umat Islam. Perbuatan jahat Yahudi ini dilaksanakan untuk
memudahkan mereka meneruskan projek membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon
Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis. Di samping itu, Michael
juga menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal dan berbangga atas
perbuatannya itu kerana mendakwa bahawa dirinya telah diutus oleh Allah untuk membakar masjid itu seperti yang dituntut
oleh Yahudi dalam kitab Talmud.
Ekoran daripada
pembakaran tersebut, ia telah meninggalkan kesan yang sangat teruk terhadap
Masjid Al-Aqsa. Kejadian tersebut telah menyebabkan kira-kira ¼ daripada kawasan
masjid Al-Aqsa musnah dijilat api. Perbuatan jahat Yahudi ini juga telah
menyebabkan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa yang bersejarah iaitu Masjid
Umar, Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi dan Mihrab Zakaria telah musnah. Bukan itu
sahaja, kebanyakan tingkap masjid hangus dijilat api serta perhiasan-perhiasan
ayat al-Quran di dinding yang indah turut terbakar.
Sandiwara
Yahudi terus terserlah tatkala Mahkamah Israel mengadili kes pembakaran masjid
ini. Perkara ini dilihat apabila penjenayah tersebut iaitu Michael, yang pada
awalnya ditangkap telah dilepaskan semula oleh Mahkamah tersebut kerana
kononnya dia didakwa mengalami masalah mental. Michael akhirnya hanya dikenakan
tindakan arahan supaya pulang ke negara
asalnya iaitu Australia tanpa berhadapan dengan sebarang hukuman.
Kesan daripada
peristiwa tersebut, umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan kemarahan
mereka dan melakukan protes bantahan terhadap pencabulan Masjid Al- Aqsa.Oleh
yang demikian, atas desakan dari umat Islam, pihak PBB telah mengambil inisiatif
dengan mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk
perbuatan jahat Israel serta menyeru kepada puak Zionis agar memberhentikan
usaha mereka untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa. Selain itu juga, satu pertubuhan
iaitu pertubuhan OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara telah ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin negara
Islam untuk mencegah segala usaha jahat Yahudi terhadap Masjid Al Aqsa. Pihak
OIC juga telah menjadikan isu Palestin ini sebagai isu utama umat Islam seluruh
dunia dan semenjak daripada peristiwa ini, 21 Ogos 1969 telah diangkat sebagai
Hari Memperingati Al-Quds sedunia.
Hari ini genap 44 tahun peristiwa itu
berlalu. Demikianlah kita melihat betapa liciknya perancangan Yahudi dalam usaha
memusnahkan masjid ketiga suci umat Islam, Masjid Al-Aqsa. Fikirkanlah sekiranya
ekstremis Yahudi ini meyakini bahawa kerja-kerja jenayah itu adalah perintah
tuhan mereka, maka adakah umat Islam itu sendiri tidak menganggap tanggungjawab
mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda
seseorang beriman kepada Allah? Ayuh sama-sama kita muhasabah di mana posisi kita
di dalam menangani masalah umat sejagat ini. Semoga umat Islam sedar daripada
lamunan mimpi yang panjang dan terus bangkit
dalam mempertahankan Al-Aqsa.
Friday, 21 June 2013
Kenali Syeikh Izzuddin Al-Qassam
DIPOS OLEH Unknown
PADA 09:05
As-Syahid Syeikh Izzuddin Al-Qassam
Untuk pengetahuan anda, Briged Al-Qassam diberi nama sempena dengan nama beliau. Nama penuh beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan di Jibillah, Syria pada tahun 1882. Beliau merupakan seorang ulama' yang terkenal pada zaman itu.
Semasa penjajahan Perancis ke atas Syria, beliau telah menjual rumahnya untuk membeli 34 pucuk senjata bagi menentang penjajahan tersebut. Di bawah revolusi pimpinan Ibrahim Hanano, beliau dikhianati dan dijatuhkan hukuman mati oleh pihak Perancis. Beliau mempunyai dua pilihan, sama ada dihukum bunuh atau tunduk kepada Perancis.
Akhirnya, Syeikh Izzuddin Al-Qassam membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana beliau amat memahami rancangan jahat Yahudi yang dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland pada 29 hingga 31 Ogos tahun 1897. Selama tujuh tahun beliau melakukan pelbagai usaha termasuklah dengan mendekati masyarakat Palestin, menjadi guru, pembimbing rohani dan ketua pergerakan. Beliau mendapat tempat di hati penduduk Palestin.
Pada tanggal 20 November 1935, beliau menemui syahid dalam pertempuran mempertahankan Palestin. Senaskhah Al-Quran terselit kemas di poket baju tentera yang dipakainya. Nama syeikh Izzuddin diabadikan oleh HAMAS dengan menamakan sayap ketenteraannya serta senjata dan benderanya.
Syeikh Izzuddin Al-Qassam telah meninggalkan kita, namun semangatnya tidak pernah hilang dan terus segar dalam jiwa pemuda-pemuda pejuang Palestin!
Siapakah Briged Izzuddin Al-Qassam?
DIPOS OLEH Unknown
PADA 08:56
Briged Al-Qassam merupakan barisan ketenteraan HAMAS yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun, barisan yang mempertahankan Palestin daripada penjajahan tentera zionis. Briged Al-Qassam diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Antara syarat-syarat yang melayakkan pemuda-pemuda ini untuk menganggotai Briged Al-Qassam adalah seperti berikut:
1. Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
3. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.
6. Mencintai dan bersedia syahid.
Pemuda-pemuda Al-Qassam akan melakukan sujud syukur setiap kali selepas tamat pertempuran melawan tentera zionis. Mereka ialah pejuang-pejuang yang merindui syahid di jalanNya, mempunyai peribadi yang mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang masa.
Sebagaimana Kontantinopel berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya seperti yang telah tercatat dalam hadis nabi. Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq, maksudnya: “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Begitu juga Palestin, tanah suci ini bakal dibebaskan oleh pemuda-pemuda yang hebat!
Friday, 31 May 2013
31 Mei 2010 : Tragedi Kapal Mavi Marmara
DIPOS OLEH Unknown
PADA 01:02
Sebuah kapal besar, Mavi Marmara milik Turki belayar merentasi Laut Marmara menuju ke Gaza dalam usaha untuk memberikan barangan bantuan kepada mangsa kekejaman Zionis. Kapal Mavi Marmara berlepas dari pelabuhan di Istanbul menuju ke Selatan Turki untuk mengambil penumpang di Pelabuhan Antalya, sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Terdapat lapan buah kapal lain yang terdiri daripada beberapa negara turut mengiringi Mavi Marmara menuju ke perairan Mediterranean. Namun, hanya enam buah kapal yang dapat menyambung pelayaran disebabkan kerosakan yang berlaku pada kapal tersebut.
Suasana ketika Mavi Marmara mula bertolak dari Istanbul
Rombongan ini turut disertai oleh beberapa orang relawan dari Malaysia yang bergabung dengan ratusan aktivis lain dari seluruh dunia. Sheikh Raed Solah, pejuang Palestin juga turut berada dalam rombongan ini. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh relawan Malaysia dan Indonesia bagi mendapatkan pengalaman dan ilmu daripada beliau.
Menjelang subuh pada 31 Mei 2010, anak-anak kapal dikejutkan dengan kemunculan puluhan bot-bot kecil dan helikopter yang cuba menceroboh Mavi Marmara. Bot-bot yang dinaiki oleh tentera Zionis ini cuba untuk menaiki Mavi Marmara namun gagal sehinggalah sebuah helikopter milik mereka berjaya menurunkan beberapa orang komando. Beberapa tembakan dilepaskan dari helikopter ke arah para aktivis di atas kapal. Para aktivis yang langsung tidak mempunyai kelengkapan senjata, menggunakan apa sahaja yang ada termasuklah pemancut air dalam usaha mempertahankan diri. Mereka diarahkan supaya tidak melawan apabila berlaku banyak kecederaan dan pembunuhan. Aktivis yang cedera, berusaha diselamatkan oleh doktor yang bersama-sama dalam rombongan ini dalam keadaan kekurangan alatan perubatan.
Menjelang pagi, bot-bot Zionis sekali lagi mengepung Mavi Marmara, mengarahkan supaya pelayaran tidak diteruskan dan berlabuh di Ashdod, Israel. Para aktivis kemudiannya dipenjarakan di Beer Sheba. Sembilan orang aktivis Turki syahid dan lima puluh enam aktivis lain telah tercedera dalam tragedi tersebut.
Tiga tahun telah berlalu, detik ini memberi sejarah hitam kepada umat Islam dalam usaha untuk membuka mata dunia mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhadap umat Islam di Palestin.
Di sini disertakan pautan berserta dengan video dan gambar-gambar yang menceritakan saat getir kejadian tersebut :
Subscribe to:
Posts (Atom)