Sabra dan
Shatila adalah 2 daripada kem pelarian bagi rakyat Palestin yang terletak di
Beirut, Lubnan. Kem pelarian ini wujud selepas peristiwa Nakbah Palestin pada
tahun 1948.
Tanggal
16-18 September 1982 menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di
kem ini. Serangan bertubi-tubi dan tragis telah dilakukan oleh pengganas Zionis
Israel atas arahan dalang yang terbesar; Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Ariel
Sharon.
Ariel
Sharon telah mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku tehadap Milita Phalangist
Kristian di Lubnan bagi menghapuskan pelarian Palestin yang terpaksa menumpang
di Lubnan setelah dihalau ketika tragedi Nakbah 1948.
Apakah krisis
yang berlaku ke atas milita Phalangist Kristian di Lubnan dan rentetan
peristiwa?
Tanggal 11
September 1982 Menteri Pertahanan Ariel Sharon yang juga merupakan arkitek
bagi penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan terdapat lebih kurang
2000 pengganas yang masih berada di sekitar kem pelarian di Beirut, Lubnan.
Penuh
dengan rancangan yang rapi dan penuh dengan tipu daya, 3 hari selepas itu Presiden
Lubnan yang juga merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan; Basher Gemayel telah
terbunuh dalam letupan bom yang berlaku di ibu pejabatnya oleh sekumpulan
bersenjata iaitu pada tanggal 14 September 1982.
Dengan alasan
terdapatnya pengganas di sekitar kem pelarian di sekitar Beirut, Lubnan pada
tanggal 15 September 1982 bermulalah pengepungan oleh tentera Zionis
Israel dan laluan di kem Sabra dan Shatila telah ditutup.
Keesokan
harinya 16 September 1982, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah
mengadakan perjumpaan dengan Ketua Milita Phalangist Lubnan untuk menjemput
mereka masuk ke kem Sabra dan Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’.
Serangan yang dilakukan selama 3 hari
berturut-turUt (16- 18 September 1982) telah mengorbankan lebih kurang 3 500 orang pelarian Palestin.
Bagaimana
serangan dilakukan?
Serangan
pertama dilakukan apabila 1500 orang milita Phalangist yang masuk ke kawasan
pelarian dengan menggunakan jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan
bersenjatakan senapang, pisau dan parang.
Mereka
membunuh dan menyembelih pelarian yang terdapat di sana dan juga merogol kaum
wanita tanpa belas kasihan.
Manakala
tentera Zionis berkawal di luar kem pelarian untuk memastikan tiada siapa yang
terlepas untuk lari dari kem tersebut. Dan pada sebelah malam pula tentera
Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas kem pelarian bagi meneranginya. Ini
adalah untuk memudahkan kerja-kerja ‘penghapusan pengganas’ oleh Phalangist
Milita diselesaikan.
Dan
pembunuhan demi pembunuhan telah dilakukan sehingga 18 September 1982. Pada hri
tersebut barulah Phalangist Milita meninggalkan kem pelarian tersebut. Dan pada
hari itu jugalah (18 September 1989; selepas pembunuhan puas dilakukan), baru
masyarakat dunia mengetahui hal tersebut.