Tuesday, 26 March 2013

HAMAS : Gerakan Pembebasan Baitul Maqdis

DIPOS OLEH Unknown PADA 12:38


Hamas adalah singkatan kepada Harakat al-Muqawama al-islamiyya, atau yang bermaksud Gerakan Pembela Islam. Ia ditubuhkan pada 14 Disember 1987 oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin beserta beberapa orang yang meyakini manhaj dan pemikirannya.

Tujuan utama gerakan HAMAS adalah untuk mendirikan dan mempertahankan negara Palestin melalui jihad yang diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Dalam manifesto gerakan, telah dijelaskan bahawa kemunculan Intifadhah adalah demi kemuliaan rakyat sebagaimana yang sering dilaungkan iaitu, “Demi mengembalikan hak-hak kami di negara kami dan meninggikan panji Allah di atas muka bumi”.





Sesungguhnya pada awal penubuhan, gerakan HAMAS ini telah diterajui oleh 7 orang tokoh daripada gerakan Ikhwanul Muslimin. Mereka mengadakan pertemuan di wilayah Gaza setelah kejadian 6 Disember 1987 yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menubuhkan HAMAS.

Antara orang yang mempelopori gerakan HAMAS pada awal penubuhannya ialah Syeikh Ahmad Yassin, Dr.Ibrahim al-Bazuri, Muhammad Syam’ah (perwakilan kota Rafah), Abdul Fatah Dakhon (perwakilan Wilayah Tengah), Dr.Abdul aziz Rantisi (perwakilan Khan Yunus), Isa an-Nasyar (perwakilan kota Rafah) dan juga Shalah Syahadah (perwakilan wilayah utara).



Seperti yang diketahui, HAMAS telah mendapat sokongan yang sangat meluas daripada media massa. Perkara ini dapat dilihat apabila calon-calon mereka sering memenangi 1/3 kerusi daripada keseluruhan. HAMAS juga mendapat tempat di hati para pelajar dan ini dapat dibuktikan apabila gerakan ini mendapat ½ undi popular dalam pilihanraya pelajar seperti di Universiti Najah,Universiti Gaza, Universiti Khalil, Universiti Birzit dan Universiti al-Quds. Namun, Dr.Hisyam Syarobi yang berfahaman sekular dalam pertemuannya dengan wartawan telah mengatakan bahawa HAMAS adalah satu gerakan penentangan bentuk baru. Perjuangan mereka telah berjaya membuat satu perubahan besar kepada rakyat Palestin yang sebelum ini tidak pernah dicapai oleh puak PLO.

Pemahaman akidah HAMAS adalah bersandarkan kepada Al Quran dan sunnah nabi. Kemunculan HAMAS ditunjangi oleh pemikiran ikhwanul muslimin dan juga merupakan salah satu sayap dari gerakan ikhwan.

Pelbagai dugaan dan rintangan yang telah dilalui oleh gerakan jihad ini. Antaranya ialah mereka sering menerima tekanan dari luar seperti penangkapan Musa Abu Marzuq di Amerika Syarikat (Julai 1995 –Mei 1997), percubaan Khaled Meshal (ketua biro politik HAMAS), penutupan bilik gerakan mereka dan lain-lain lagi. Namun,semua ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan berjihad di jalan Allah kerana mereka mempunyai matlamat yang amat jelas dalam perjuangan mereka.




Sesungguhnya Allah telah memuliakan mereka dengan jihad. Allah juga telah meninggikan mereka dengan syahid di jalanNya serta menjanjikan mereka dua ganjaran terbesar iaitu nikmat kemenangan dan syurga. Justeru, adakah kita masih teragak-agak untuk terus menegakkan kalimah Allah sebagaimana yang dilakukan oleh pejuang HAMAS walaupun bukan dengan mengangkat senjata?

Wahai ikhwah akhowat sekalian, ingatlah hadis ini yang telah diriwayatkan dari Huzaifah, Rasulullah saw telah bersabda bahawasanya, ”Barangsiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan umat islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya.”

Wallahua’lam.



Monday, 25 March 2013

Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman

DIPOS OLEH Unknown PADA 20:31

Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud 'tempat yang aman untuk didiami'.

Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.

Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai 'Mount Temple' disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.

Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya 'Mount Temple' sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti 'City of the Temple' yang mengambilkira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.


Gambaran Haikal Sulaiman


Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman. Manakala kawasan kota yang wujud di sekeliling 'Mount Temple' ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama 'Aelia Capitolina' yang diberikan semasa penjajahan orang Roman. Kawasan 'Mount Temple' pada asalnya agak tinggi dengan keadaan yang tidak rata tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod the Great telah membina tembok tinggi mengelilingi kawasan ini lalu meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan sekarang.

Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama 'Mount Temple' telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan kawasan suci ini yang mendapat tempat yang mulia di dalam Islam sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.

Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota Baitulmaqdis. Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.

Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab bermaksud 'masjid yang jauh', merujuk pada jaraknya yang berjauhan daripada bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di dalam Islam iaitu Isra' dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.W telah dinaikkan ke langit untuk menghadap Allah S.W.T. Baitulmaqdis juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra' Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.

Selain itu, Masjid Kubah Batu turut dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah. Diriwayatkan senibina masjid ini yang begitu indah dengan kubah berwarna keemasannya yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid Kubah Batu menjadi antara monumen tertua orang Islam yang sangat dikenali.

Masjid ini mendapat namanya berikutan dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika peristiwa Isra' dan Mikraj. Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia merupakan pusat bagi 'Mount Temple' dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka satu masa nanti.

Tetapi menurut catatan sejarah ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan Baitulmaqdis sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi tempatnya Baginda Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada sebuah batu terbiar di atas tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok. Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra' Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan kawasan itu bersama-sama dengan orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya di bumi Baitulmaqdis itu

Masyarakat Yahudi menganggap Haikal ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di atas lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama turut dicatatkan di dalam kitab Injil. Perebutan tapak suci inilah yang menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan kawasan suci ini sebagai tempat krisis yang masih belum selesai sehingga sekarang.

Salah satu tembok yang mengelilingi Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun 'Western Wall' ini menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi. Tembok yang dibina lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini merupakan satu-satunya bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan mereka berada di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana itu lokasi ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang mereka lakukan dan amalan ini masalah berlangsung sehingga sekarang ini, susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai 'Wailing Wall' ataupun tembok ratapan.

Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang mulia dan dianggap sebagai tanah suci mereka. Nabi Isa A.S yang dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Baitulmaqdis terus dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan. Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S pernah berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu juga, peristiwa penyaliban dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang tepat masih lagi menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.

Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang dianggap paling suci oleh penganut Kristian iaitu Gereja 'Holy Sepulchre', salah sebuah gereja di dalam kawasan kota lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota Baitulmaqdis sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh dunia terutamanya menjelang musim Easter.

Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman penganut Kristian untuk menawan tanah suci ini daripada penguasaan orang Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200 tahun sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul iaitu Salahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187 Masihi. Diriwayatkan bahawa ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi sendiri yang membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang dijadikan sebagai gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.

Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis dikuasai oleh British sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israel pada tahun 1948 menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk menguasai wilayah Palestin yang ketika itu dibahagikan secara berat sebelah oleh badan dunia PBB.

Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga kawasan sementara sepertiga Yahudi mendapat selebihnya tanah Palestin. Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa tetapi pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan sebagai ibu kota negara Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.

Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga waktu ini, Haram al-Sharif merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama Baitulmaqdis masih dikuasai oleh orang Islam.

Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian orang Islam iaitu bahagian yang terbesar antara kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada kawasan orang Islam. Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian Kristian Armenia, iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia juga merupakan penganut Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ketika Jordan menguasai kota lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadat di sekitar 'Western Wall' ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi ditutup dan sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat wilayah mereka dirampas oleh Israel.

Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negara-negara Arab dengan Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih teruk apabila wilayah Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi Golan.

Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas Baitulmaqdis. Antaranya menjadikan kawasan 'Western Wall' sebagai tapak ibadat mereka selain pembinaan penempatan haram Yahudi yang mengelilingi kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam bahagian orang Islam.

Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota Israel yang rasmi menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan asing. Pejabat Presiden dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis secara beransur-ansur.

Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar oleh fanatik Yahudi sehingga membawa kemusnahan mimbarnya. Paling diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh provokasi Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar koma akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan masih tidak sedarkan diri.

Perlu diingatkan bahawa walaupun Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram al-Sharif diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa. Bendera negara Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif. Penganut agama lain juga dilarang memasuki kompleks suci ini dan askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung mesti membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks untuk beribadat. Langkah ini diambil bagi mengelakkan terjadinya pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan lokasi ini amat sensitif bagi semua penganut agama samawi.

Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda yang rahsia.

Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.



Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?

Artikel iluvislam.com

Saturday, 23 March 2013

Syeikh Ahmad Yassin : Jiwa Pembebas Palestin

DIPOS OLEH Unknown PADA 00:48

Seringkali kita mengagumi seorang penyanyi yang merdu suaranya, seorang  tukang masak yang hebat masakannya. Namun, harus juga bagi kita untuk tidak lupa kepada seorang tokoh mujahid yang amat mahsyur dalam perjuangan membebaskan tanah mulia Palestin.

Sudah genap 9 tahun, As Syahid  Sheikh Ahmad Yassin telah meninggalkan kita semua. Namun, peninggalannya tidak kosong. Kepergian jasadnya telah meninggalkan impak yang besar dalam diri setiap insan yang hatinya basah untuk merasai kehebatan Allah yang menciptakan insan secekal beliau.



Seorang tokoh yang mempunyai semangat juang yang sangat tinggi, yang sanggup berkorban dan yang tidak pernah kenal erti putus asa. Walaupun ditakdirkan Allah untuk lumpuh  sepanjang masa mudanya sehinggalah saat kematiannya, duduk di kerusi rodanya, ditangkap dan dipenjarakan, perkara ini tidak pernah menghalang As-Syahid untuk tidak mengambil bahagian dalam urusan dakwah dan pembebasan Palestin. Keberjayaannya dalam menubuhkan HAMAS dan kader-kader pejuang Palestin jelas terbukti kesungguhan dan kecekalannya.

Apa pula alasan kita yang sempurna tubuh badan untuk masih bermalas-malasan menunaikan solat subuh berjemaah di masjid, menunaikan solat di awal waktu dan dalam skop yang lebih besar lagi, menyebarkan risalah suci kepada seluruh manusia yang merupakan sunnah terbesar Nabi Muhammad S.A.W?


Tidaklah dilupakan seorang yang telah meninggal dunia melainkan peribadi-peribadi dan sifatnya yang memberi kesan yang berterusan dalam sanubari insan-insan lain walaupun jasad beliau telah hilang dari bumi. Begitulah kita sebagai seorang khalifah di dunia ini, sepatutnya memandang mujahid Islam dengan perasaan cemburu dan iri hati kerana kesyahidan dan kehebatan peribadi beliau dan berusaha kearah pemantapan diri menjadi seorang hamba yang mempunyai peribadi yang tinggi, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan menyedari hakikat kehidupan ini. Sesungguhnya sifat-sifat seorang insan seperti inilah yang harus kita jadikan ikutan dan idola kita dalam menjayakan misi dakwah kita di alam ini.

Sedarilah wahai anak muda, usia mudamu inilah masa untuk mengerah tenaga, masa untuk melakukan aktiviti yang berfaedah, nikmat kesihatan digunakan untuk menyebarkan risalah Islam dan ilmu dicari untuk diamal dan disebarkan.

Wallahu’alam.


Sunday, 17 March 2013



Bismillahirrahmanirrahim.

Isu Masjid Al-Aqsa bukanlah isu yang asing buat kita semua. Sebagai umat Islam yang prihatin, mengambil tahu mengenai keadaan umat Islam di sana adalah menjadi kewajipan buat kita semua. Beruntunglah mereka yang sedar akan hakikat ini. Membentuk insan yang benar-benar peka tentang isu umat memerlukan sebuah usaha yang berpanjangan dan bersungguh.

Allah telah berfirman :



"Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." [ Surah Al-Isra' 17 : 1 ]


Mengapakah Masjid Al-Aqsa penting buat umat Islam?

1)Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah swt telah membawa Nabi Muhammad saw berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Nabi Muhammad saw juga dipilih menjadi imam solat kepada para nabi yang terdahulu. Al-Quran telah menyebutkan Masjid al-Aqsa adalah masjid yang telah diberkahi sekelilingnya “Baarakna Haw Lahu”.
2)Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukarkan ke Masjid Al-Haram di Mekah.
3)Masjid Al-Aqsa, masjid kedua yang dibangunkan di dunia.
4)Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam akidah umat Islam.

Sebagai umat Islam, semestinya kita berusaha untuk menjaga dan memelihara kesucian Masjid Al-Aqsa dengan apa cara sekalipun. 

Allah berfirman yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” [ Surah As-Saff 61 : 10-11 ]

Apakah peranan kita sebagai umat Islam?

1)Berusaha mendalami dan mengkaji sejarah Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
2)Menerapkan sikap ambil tahu tentang keadaan umat Islam di Palestin, dalam keluarga dan masyarakat.
3)Berusaha memboikot barangan zionis dan pendokong mereka.
4Memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan Masjid Al-Aqsa.
5Menyebarkan isu tentang keadaan umat Islam di Palestin, khususnya Masjid Al-Aqsa kepada orang ramai dengan apa cara sekalipun.
6Berdoa kepada Allah swt semoga Masjid Al-Aqsa diselamatkan daripada musuh-musuh umat Islam.

Masjid Al-Aqsa menyimpan seribu satu sejarah silam yang sangat penting buat umat Islam. Ianya juga merupakan saksi di mana Islam pernah gemilang suatu ketika dahulu. Apakah peranan kita dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat terdahulu? Sudah tiba masanya untuk kita bertindak saat ini juga. Kembalikan maruah umat Islam yang semakin terhakis. Bangunlah wahai pemuda! 

Wednesday, 13 March 2013

Tanah Amanah Allah : Masjid Al-Aqsa dan Palestin

DIPOS OLEH Unknown PADA 04:37



Bismillahirrahmanirrahim,

Saudara-saudara yang dirahmati Allah.
Saban hari, Masjid Al-Aqsa kian dalam keadaan kritikal dan tenat, strukturnya sekarang makin retak. Kononnya mereka mendakwa di tapak Masjid Al-Aqsa itu terdapat kesan sejarah daripada bangsa mereka, lalu mereka berhak menduduki tanah tersebut meskipun diambil dengan cara yang zalim daripada penduduk asal Palestin.

Saudara-saudara,


        Ayuh kita telusuri sebuah sejarah yang paling tepat iaitu sejarah bersumberkan Al-Quran. Al-Quran menceritakan tentang kezaliman dan kefasadan yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi terhadap tanah air mereka  dan terhadap para nabi yang diutuskan kepada mereka.

Sunday, 10 March 2013

Doa Buat Samer Issawi

DIPOS OLEH Unknown PADA 03:02


Mungkin ramai tidak mengenali beliau seperti mana Syeikh Ahmad Yassin, Ahmad Al-Ja’bari mahupun Muhannad Tahir. Beliau adalah seperti kebanyakan penduduk Palestin yang lain; dilahirkan dan menghabiskan saki baki hidup dalam tekanan Israel.

Beliau telah ditahan buat pertama kali ketika umur 17 tahun selama 2 tahun. Beliau kemudiannya ditahan semula ketika berumur 20 tahun dan menerima hukuman tahanan selama 30 tahun di atas tuduhan menentang penjajahan Yahudi.

Selepas 10 tahun ditahan beliau dilepaskan semula selepas berlakunya proses pertukaran tahanan yang telah ditaja oleh kerajaan Mesir.  Seorang tentera Yahudi yang bernama Gilad Shalit telah ditukar dengan 1027 orang tahanan rakyat  Palestin. Tetapi, pada 7 Julai 2012 beliau telah ditahan semula di Hizma, salah satu kawasan di Jerusalem. Beliau telah ditahan atas tuduhan yang tidak relevan iaitu keluar dari wilayah Jerusalem. Sesetengah rakan beliau juga ditahan atas sebab yang tidak yang dinyatakan.

Maka bermulalah episod mogok lapar beliau. Mogok lapar itu dilakukan sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Yahudi yang berlaku yang tidak adil terhadap rakyat  Palestin. Sehingga kini, sudah lebih 200 hari Samir Issawi meneruskan mogok lapar.

Syeikh Yusof Al-Qaradhawi telah berfatwa bahawa harus hukumnya bagi tahanan Palestin untuk mogok lapar kerana ia satu-satunya cara yang mereka mampu dalam menentang kezaliman, dan cara tersebut memberi tekanan terhadap kafir (harbi) dengan syarat mogok itu tidak membawa kepada kematian.

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …” – Qaradhawi.





Monday, 4 March 2013



    Detik ini sudah 89 tahun umat Islam kehilangan empayar terunggul iaitu khilafah uthmaniyah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, detik 3 Mac 1924 menjadi detik hitam dalam sejarahumat islam. Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, bahkan ia meliputi  kejatuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia.


    Peristiwa yang perit ini terjadi gara-gara angkara musuh Allahyang bertopengkan manusia iaitu Mustafa Kamal Atartuk laknatullah.Ya, dialah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang.

Namun jangan kita lupa bahawa disebalik sejarah kejatuhan ini, kecekalan seorangpemerintah yang benar-benar berusaha untuk mempertahankan Islam  ketika itu, iaitu khalifah Abdul Hamid II(1876-1909). Pada zaman pemerintahannya, wujud banyak anasir luar yang menekanTurki. Antaranya termasuklah negara Barat, Yahudi dan Freemason.




     Malangnya, Sultan Abdul Hamid tidak dapat meneguhkan kedudukannya untukmempertahankan Islam. Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhanberdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetandaripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu.








    Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai hari penting dan bersejarah mereka. Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Pihak kuffar mula menjalankan niat jahat mereka. Mereka menyedari bahawa bukan mudah untuk menghancurkan khilafah melainkan dengan mengangkatseorang pahlawan boneka seperti Mustafa Kamal Atartuk bagi mengaburi mata rakyat Turki pada waktu itu.Setelah itu, bermulalah tipu daya mereka.


     Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.



     Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Atartuk telah menggantikan sekolah Islam dengan sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan. Selain itu, dia juga telah mengarahkan supaya azanditukarkan kepada bahasa Turki. Dia juga mengarahkan kalendar Hijri ditukar kepada kalendar Masihi.


Nah, begitulah detik-detik terakhir runtuhnya kerajaan Khilafah Uthmaniyah. Justeru, 
1) Adakah kita masih mempunyai rasa walau secebis untuk berusaha ke arah menegakkan khilafah islamiyyah? 
2) Adakah kita masih boleh duduk berdiam diri? 

Tentunya tidak!
Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan membentukperpaduan Islam yang syumul dalam usaha mengembalikan semula sistem khilafah yang telah lama hilang.

Wallahua’lam.

Pengenalan

DIPOS OLEH Unknown PADA 05:10


Bismillahirrahmanirrahim



***

Hola! 

Ah Chum :  Weyhhh ! weyhhh! Gaza kene serang balik weeyhh! Tengok nii tengok nii.

Balai : Apee Apee !? Whaaat?? Ciss, Israel  dah melanggar pantang nihhh, Update status ! Update twitter! Camon!!  

Selepas berbulan-bulan tiada khabar….

Ah Chum : Krik krik krik

Balai : Krik krik krik


***


Situasi di atas merupakan salah satu contoh dari sembang-sembang masyarakat yang ada  berkaitan isu Palestin ,itu baru Gaza ,belum lagi sentuh Masjidil Aqsa yang entah bagaimana keadaannya terkini.

Jadi! Krew "Baarakna Haw Lahu" suka untuk mengambil inisiatif ini untuk sama-sama mengajak masyarakat sedar dan cakna berkaitan isu Palestin, tidak kira dari sudut sejarah, kemanusiaan dan sebagainya. Ini adalah tujuan halaman ini ditubuhkan

Maka di sini terdapat 3 objektif  halaman ini ditubuhkan :

1) Memberikan maklumat berkaitan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin 
2) Menyedarkan masyarakat tentang keperluan untuk peka dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin
3) Menjelaskan peranan kita dalam isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin 

Maka, kawan-kawan!
Ayuh mulai saat ini sama sama kita sedar dan tetapkan dalam hati untuk cakna dengan isu Masjid Al Aqsa dan Palestin  dalam  posting yang akan datang. Moga kita menjadi sebahagian dari batu-bata yang berusaha membebaskan Masjid Al Aqsa dan Palestin seterusnya  kibaran dan kemenangan bendera Islam tertegak di sana.

Selamat Membaca!

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA