Bismillahirrahmanirrahim.
Isu Masjid Al-Aqsa bukanlah isu yang asing buat kita semua. Sebagai umat Islam yang prihatin, mengambil tahu mengenai keadaan umat Islam di sana adalah menjadi kewajipan buat kita semua. Beruntunglah mereka yang sedar akan hakikat ini. Membentuk insan yang benar-benar peka tentang isu umat memerlukan sebuah usaha yang berpanjangan dan bersungguh.
Allah telah berfirman :
"Mahasuci Allah,
yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia
Maha Mendengar, Maha Melihat." [ Surah Al-Isra' 17 : 1 ]
Mengapakah Masjid Al-Aqsa penting buat umat Islam?
1)Dalam
peristiwa Israk Mikraj, Allah swt telah membawa Nabi Muhammad saw berjalan dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Nabi Muhammad saw juga dipilih menjadi imam solat
kepada para nabi yang terdahulu. Al-Quran telah menyebutkan Masjid al-Aqsa
adalah masjid yang telah diberkahi sekelilingnya “Baarakna Haw Lahu”.
2)Masjid
Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukarkan ke Masjid Al-Haram
di Mekah.
3)Masjid
Al-Aqsa, masjid kedua yang dibangunkan di dunia.
4)Masjid
Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam akidah umat Islam.
Sebagai umat Islam,
semestinya kita berusaha untuk menjaga dan memelihara kesucian Masjid Al-Aqsa
dengan apa cara sekalipun.
Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai orang yang
beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan
kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya
dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik
bagi kamu jika kamu mengetahui.” [ Surah As-Saff 61 :
10-11 ]
Apakah peranan kita sebagai umat Islam?
1)Berusaha
mendalami dan mengkaji sejarah Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
2)Menerapkan
sikap ambil tahu tentang keadaan umat Islam di Palestin, dalam keluarga dan masyarakat.
3)Berusaha
memboikot barangan zionis dan pendokong mereka.
4Memberi
sumbangan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan
dan masa depan Masjid Al-Aqsa.
5Menyebarkan
isu tentang keadaan umat Islam di Palestin, khususnya Masjid Al-Aqsa kepada
orang ramai dengan apa cara sekalipun.
6Berdoa kepada
Allah swt semoga Masjid Al-Aqsa diselamatkan daripada musuh-musuh umat Islam.
Masjid Al-Aqsa menyimpan
seribu satu sejarah silam yang sangat penting buat umat Islam. Ianya juga
merupakan saksi di mana Islam pernah gemilang suatu ketika dahulu. Apakah peranan
kita dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat terdahulu? Sudah tiba masanya
untuk kita bertindak saat ini juga. Kembalikan maruah umat Islam yang semakin
terhakis. Bangunlah wahai pemuda!
0 comments:
Post a Comment