Bismillah, bila kita sebut isu Palestin, sudah
tentu kita akan menggambarkan Gaza. Daripada situasi di Gaza sekarang ini, sudah
tentu jauh di sudut hati kita berasa simpati dan kasihan terhadap umat islam di
Gaza yang terpaksa berdepan dengan kezaliman Zionis yang berusaha menegakkan
institusi negara Israel.
Daripada situasi ini juga lahir sifat
baik dalam diri manusia yang tidak sama sekali mengiktiraf kezaliman yang telah di
lakukan oleh Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang setiap hari ditindas
secara kejam. Rakyat Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang tua
dan orang kurang upaya semuanya dihukum secara kejam oleh tentera Zionis
Israel.
Namun daripada kaca mata umat Islam
yang bertunjangkan TAUHID, yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, perjuangan
kita lebih luas daripada memperjuangkan isu hak asasi manusia ataupun rasa belas kasihan ke atas
rakyat Palestin yang ditindas lalu kita berusaha membebaskan mereka daripada belenggu
kesusahan tersebut. Prinsip kita apabila melihat isu Palestin adalah perjuangan
aqidah. Perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa kian pudar daripada hati umat Islam. Ini yang
patut kita fokuskan bersama.
Di sini saya meletakkan dua prinsip asas
yang perlu kita faham dan tanam dalam jiwa kita apabila melihat isu
Palestin :
1)
”Maha Suci Allah yang telah menjalankan HambaNya (Muhammad ) pada malam
hari dari Masjid Al Haram (di Makkah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin ) ,yang
kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan
kepadanya tanda –tanda (kekuasan dan kebesaran ) Kami. Sesusngguhnya
Allah jua lah yang Maha Mendengar,Lagi Maha
Mengetahui.“ (Surah Al Isra’ ayat 1)
“Ikatan antara Masjid Al Haram dengan Masjid Al Aqsa adalah ikatan antara
kemuliaan dengan kemuliaan , Maka mereka yang duduk di Makkah adalah penduduk
paling mulia di muka bumi,kerana mereka
lah yang menjaga Ka’bah sejak dari Zaman Nabi Ibrahim , dan Masjid Al
Aqsa kemuliaannya adalah kerana tempat turunnya Risalah dan tempat berhimpunnya
para nabi menyebarkan Risalah dalam satu tempoh yang panjang dalam sejarah .
Maka ,wajib untuk kita memulakan proses pembebasan dari
dua kawasan ini (Makkah dan
Palestin ) ,dan bermula menggerakkan iman dari kedua masjid ini ,untuk menyuluh
muka bumi yang dalam keadaan sesat dan manusia yang dalam keadaan leka dengan CAHAYA IMAN DAN RISALAH ISLAM .“
(Dr Mustafa As Sibaie : Islam dan Palestin)
2)
“Dan Ingatlah ketika Nabi Ibrahim di uji oleh Tuhannya dengan beberapa
Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya.
Setelah itu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku melantik mu menjadi Imam
(pemimpin ikutan) bagi umat manusia , Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata :
Ya Tuhanku, Jadikanlah dari keturunanku (pemimpin pemimpin ) ,Allah berfirman :
Permohonanmu di terima ,tetapi janji Ku
ini tidak akan di dapati oleh orang orang yang zalim “ (Surah Al Baqarah ayat 124)
Maka teranglah apabila Allah menyebut “janji Ku tidak akan di dapati oleh orang orang yang zalim ,“ Ia merujuk kepada orang Zionis Israel yang tidak beriman kepada Allah,tidak layak untuk menduduki tanah yang Allah berkati serta masjid yang suci itu . Maka siapa kah yang lebih layak untuk menduduki tanah Palestin dan menjaga Masjid Al Aqsa ? sudah tentulah umat Islam kerana mereka beriman kepada Allah dan mentaati risalah para Rasul sejak Nabi Adam ,dan kita lah juga yang beriman dengan Risalah Nabi Ibrahim alaihi salam iaitu Islam
Sebagai penutup,
Wahai saudara saudaraku,
sesungguhnya misi kita terhadap Palestin bukan lah misi yang kecil dan
remeh, namun ia adalah misi aqidah, misi keimanan, misi men “tahkim syariah
Allah “ di muka bumi yang berpusat di Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya.
Maka, jadikanlah isu Palestin, isu yang mendarah daging dalam jiwa kita kerana kita sedang membebaskan tanah air kita juga. Allahu Akbar!
Nabil Takiyuddin
Tahun 2 Ekonomi dan Perbankan Islam
Universiti Yarmouk
0 comments:
Post a Comment