Palestine Liberation Organisation atau PLO adalah lembaga politik rasmi bangsa arab Palestin yang telah mendapat pengakuan daripada seluruh dunia antarabangsa. Organisasi ini dibina berdasarkan penggabungan Fatah, organisasi mahasiswa, buruh dan guru. Selain itu, tujuan organisasi ini adalah untuk mengusahakan dan mempertahankan sebuah negara Palestin. Sejak ditubuhkan pada tahun 1969 hingga tahun 2004, organisasi ini diketuai oleh Yasser Arafat. Kemudian diambil alih oleh pemimpin Fatah, Mahmud Abbas sehingga kini.
PLO didirikan pada tahun 1964 setelah didahului oleh langkah awal Arafat untuk menyatukan semua organisasi perjuangan Palestin di bawah satu wadah iaitu Fatah pada tahun 1950. Pada waktu itu PLO dibawah pimpinan Arafat dan Fatah terus-menerus menyerang Israel.
Penggerak PLO
Penggerak utama organisasi ini ialah Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Sentral dan turut serta Dewan Palestin. Jawatankuasa Eksekutif dalam organisasi ini adalah satu badan yang memainkan peranan yang paling penting dalam mengambil keputusan berkaitan politik. Dalam membuat keputusan politik ini,mereka perlu untuk mendapatkan nasihat daripada organisasi perjuangan lain serta nasihat daripada tokoh-tokoh pembebasan Palestin. Dewan Nasional Palestin iaitu sebuah organisasi yang terdiri daripada 500 orang anggota juga merupakan anggota parlimen Palestin.
Agenda politik PLO
Seterusnya, agenda yang dilakukan oleh PLO untuk mencapai tujuan kemerdekaan Palestin ialah dengan menyebarkan perjuangan rakyat Palestin ke seluruh dunia, mengakui resolusi Dewan keamanan PBB, serta melakukan Intifadhah sejak tahun 1987. Pada 15 November 1988, sebuah langkah besar telah dilakukan oleh PLO iaitu mengumumkan penubuhan negara Israel dari markaz besarnya iaitu di Aljazera. Bertitik tolak dari itu, PLO mula mendirikan pejabat kedutaannya di pelbagai negara Timur Tengah dan Indonesia.
Konspirasi di balik penubuhan PLO (Agenda Barat)
Harapkan pagar, pagar makan padi. Hakikat yang sukar untuk ditelan oleh penduduk Palestin ialah apabila terdapat agenda yang tersembunyi di sebalik penubuhan organisasi ini. Tanpa sedar ini semua adalah perancangan negara-negara barat, dengan tujuan sebagai langkah awal untuk menjual tanah Palestin kepada Barat.
Ringkasnya, setelah PLO banyak melakukan serangan-serangan terhadap Israel, banyak kumpulan yang menyertai PLO. Mulai awal 70 an, negara-negara lain mula mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal rakyat Palestin. Bahkan PBB pun telah mengiktiraf PLO. Di sini kita boleh lihat dengan jelas perancangan PLO yang telah memiliki wakil-wakil yang terdiri daripada pelbagai negara di dunia dan mereka juga mendapat banyak sumbangan kewangan daripada negara-negara lain sehingga menjadikan organisasi ini sebagai organisasi yang kaya dan kukuh.
Hal ini berterusan sehingga kepada sampai kepada satu tahap di mana PLO dengan beraninya mengambil keputusan untuk mengiktiraf Israel secara terbuka. Kemudian, negara-negara yang selama ini berpura-pura menentang yahudi dengan menyokong agenda PLO ini mula menunjukkan siapa mereka yang sebenarnya dengan mengiktiraf negara Israel. Malah, mantan Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Yitzhak Rabin berkata bahawa PLO akan dapat mendiamkan ikhwan.
Sesungguhnya,kita telah jelas bahawa daripada perancangan barat yang terancang ini, mereka terus berusaha untuk memusnahkan Islam.Mereka telah merencanakan suatu perancangan yang sangat teliti. Justeru, apakah kita masih lagi buta terhadap perkara ini?
Ayuh sama-sama kita berdoa agar Allah membantu kita dalam usaha untuk menyelamatkan Palsetin dan agama Islam itu sendiri daripada kejahatan orang-orang kafir..
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment