Monday, 16 September 2013

Tragedi Penyembelihan Sabra dan Shatila

DIPOS OLEH Unknown PADA 07:55
Sabra dan Shatila adalah 2 daripada kem pelarian bagi rakyat Palestin yang terletak di Beirut, Lubnan. Kem pelarian ini wujud selepas peristiwa Nakbah Palestin pada tahun 1948. Tanggal 16-18 September 1982 menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di kem ini. Serangan bertubi-tubi dan tragis telah dilakukan oleh pengganas Zionis Israel atas arahan dalang yang terbesar; Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Ariel Sharon....

Saturday, 14 September 2013

Perjanjian Oslo 1993

DIPOS OLEH Unknown PADA 23:04
          Perjanjian Oslo, secara rasminya merujuk kepada Declaration of Principles on interim Self-Government Arrangements (Deklarasi Prinsip-Prinsip Ke Atas Persediaan Pemerintahan Sendiri Sementara) atau ringkasnya Declaration of Principles (DOP). Persetujuan muktamad diterima di Oslo, Norway pada 20 Ogos 1993 setelah ditandatangani secara rasmi dalam satu majlis umum di Washington D.C pada 13 September 1993. Perjanjian ini ditandatangani...

Tuesday, 20 August 2013

               Masihkah kita ingat tentang tragedi hitam yang  pernah dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa suatu ketika dahulu? Ya. Tarikh 21 Ogos adalah tarikh keramat buat umat islam seluruh dunia kerana ia adalah peristiwa pencabulan ke atas masjid Al-Aqsa. Genap 44 tahun peristiwa ini berlaku. Ia bagaikan suatu penghinaan kepada umat Islam oleh Zionis Israel yang sudah bertahun-tahun lamanya menyimpan dendam terhadap...

Friday, 21 June 2013

Kenali Syeikh Izzuddin Al-Qassam

DIPOS OLEH Unknown PADA 09:05
As-Syahid Syeikh Izzuddin Al-Qassam Untuk pengetahuan anda, Briged Al-Qassam diberi nama sempena dengan nama beliau. Nama penuh beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan di Jibillah, Syria pada tahun 1882. Beliau merupakan seorang ulama' yang terkenal pada zaman itu. Semasa penjajahan Perancis ke atas Syria, beliau telah menjual rumahnya untuk membeli 34 pucuk senjata bagi menentang penjajahan tersebut. Di bawah revolusi pimpinan Ibrahim Hanano, beliau dikhianati...

Siapakah Briged Izzuddin Al-Qassam?

DIPOS OLEH Unknown PADA 08:56
Briged Al-Qassam merupakan barisan ketenteraan HAMAS yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun, barisan yang mempertahankan Palestin daripada penjajahan tentera zionis. Briged Al-Qassam diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.  Antara syarat-syarat yang melayakkan pemuda-pemuda ini untuk menganggotai Briged Al-Qassam adalah seperti berikut: 1. Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah. 2....

Friday, 31 May 2013

31 Mei 2010 : Tragedi Kapal Mavi Marmara

DIPOS OLEH Unknown PADA 01:02
Sebuah kapal besar, Mavi Marmara milik Turki belayar merentasi Laut Marmara menuju ke Gaza dalam usaha untuk memberikan barangan bantuan kepada mangsa kekejaman Zionis. Kapal Mavi Marmara berlepas dari pelabuhan di Istanbul menuju ke Selatan Turki untuk mengambil penumpang di Pelabuhan Antalya, sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Terdapat lapan buah kapal lain yang terdiri daripada beberapa negara turut mengiringi Mavi Marmara menuju...

Tuesday, 21 May 2013

Nasib Bangsa Penyelamat Al-Quds

DIPOS OLEH Unknown PADA 23:37
Kenalkah anda dengan bangsa Kurdish? Kurdish merupakan satu bangsa penduduk asli satu wilayah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan, iaitu satu wilayah yang meliputi sebahagian Iran, Iraq, Syria, dan Turki.  Bangsa Kurdish adalah bangsa Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya, yang mana telah membebaskan Al-Quds dari perang Salib, walaupun mereka bukan Arab tetapi mereka telah berjaya membuktikan kekuatan mereka membela nasib umat Islam, walaupun tanah Al-Quds yang dijajah itu bukannya...

Saturday, 18 May 2013

Kunjungan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ke Gaza

DIPOS OLEH Unknown PADA 17:10
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi telah melakukan lawatan ke Gaza selama dua hari pada 8 dan 9 Mei 2013. Kedatangan beliau yang dijemput oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk Gaza. Dalam ucapan ketika majlis keraikan ketibaannya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi  telah mengingatkan penduduk Palestin agar sentiasa mengingati janji perjuangan ini bersama iaitu membebaskan tanah Gaza dan Palestin kesemuanya dan diwariskan semangat ini kepada...

Monday, 6 May 2013

Apakah maksud di sebalik perkataan “baarakna”? “Baarakna” bermaksud “yang telah Kami berkati”, telah disebut sebanyak enam kali di dalam Al-Quran. Terdapat mesej penting yang ingin disampaikan kepada umat manusia seluruhnya melalui ayat-ayat ini. Sebelum itu, mari sama-sama kita lihat satu-persatu ayat yang mengandungi kalimah “baarakna” ini. 1) Maksudnya : Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang...

Thursday, 2 May 2013

As-Syahid Ahmad Al-Ja'bari

DIPOS OLEH Unknown PADA 03:57
15 November 2012, dunia dikejutkan lagi dengan kesyahidan salahseorang pimpinan Hamas yang sangat berwibawa. Beliau adalah Ahmad Said Khalilal-Ja’bari  atau lebih dikenali sebagai AhmadAl-Ja’bari. Beliau syahid akibat serangan udara oleh tentera Israel  sewaktu berada di dalam kenderaan bersama pengawal peribadinya, Mohammed al-Hams. Serangan udara yang digelar ‘pinpoint airstrike’itu cukup untuk menggambarkan betapa tingginya keinginan Israel untukmelenyapkan kewujudan beliau dari...

Monday, 29 April 2013

Prinsip Asas Isu Palestin

DIPOS OLEH Unknown PADA 14:05
Bismillah, bila kita sebut isu Palestin, sudah tentu kita akan menggambarkan Gaza. Daripada situasi di Gaza sekarang ini, sudah tentu jauh di sudut hati kita berasa simpati dan kasihan terhadap umat islam di Gaza yang terpaksa berdepan dengan kezaliman Zionis yang berusaha menegakkan institusi negara Israel. Daripada situasi ini juga lahir sifat baik dalam diri manusia yang tidak sama sekali mengiktiraf kezaliman yang telah di lakukan oleh Zionis Israel ke...

Friday, 26 April 2013

Ismail Haniyeh : Tokoh Wira Palestin

DIPOS OLEH Unknown PADA 12:12
ISMAIL HANIYEH DAN KONFLIK DALAMAN PALESTIN Ismail Haniyeh lahir pada Januari 1963, (Bahasa Arab: إسماعيل هنية)  adalah pemimpin politik utama parti Hamas dan bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin. Haniyeh lahir di kem pelarian Al-Shati di Genting Gaza. Pada tahun 1948, ibu bapanya melarikan diri selepas serangan-serangan bom Israel dan tempat itu kini dikenali sebagai Ashkelon di Israel. Pada tahun 1987, Ismail mendapat ijazah kesusasteraan Arab dari Universiti Islam...

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA