Monday 4 March 2013



    Detik ini sudah 89 tahun umat Islam kehilangan empayar terunggul iaitu khilafah uthmaniyah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, detik 3 Mac 1924 menjadi detik hitam dalam sejarahumat islam. Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, bahkan ia meliputi  kejatuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia.


    Peristiwa yang perit ini terjadi gara-gara angkara musuh Allahyang bertopengkan manusia iaitu Mustafa Kamal Atartuk laknatullah.Ya, dialah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang.

Namun jangan kita lupa bahawa disebalik sejarah kejatuhan ini, kecekalan seorangpemerintah yang benar-benar berusaha untuk mempertahankan Islam  ketika itu, iaitu khalifah Abdul Hamid II(1876-1909). Pada zaman pemerintahannya, wujud banyak anasir luar yang menekanTurki. Antaranya termasuklah negara Barat, Yahudi dan Freemason.




     Malangnya, Sultan Abdul Hamid tidak dapat meneguhkan kedudukannya untukmempertahankan Islam. Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhanberdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetandaripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu.








    Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai hari penting dan bersejarah mereka. Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Pihak kuffar mula menjalankan niat jahat mereka. Mereka menyedari bahawa bukan mudah untuk menghancurkan khilafah melainkan dengan mengangkatseorang pahlawan boneka seperti Mustafa Kamal Atartuk bagi mengaburi mata rakyat Turki pada waktu itu.Setelah itu, bermulalah tipu daya mereka.


     Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.



     Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Atartuk telah menggantikan sekolah Islam dengan sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan. Selain itu, dia juga telah mengarahkan supaya azanditukarkan kepada bahasa Turki. Dia juga mengarahkan kalendar Hijri ditukar kepada kalendar Masihi.


Nah, begitulah detik-detik terakhir runtuhnya kerajaan Khilafah Uthmaniyah. Justeru, 
1) Adakah kita masih mempunyai rasa walau secebis untuk berusaha ke arah menegakkan khilafah islamiyyah? 
2) Adakah kita masih boleh duduk berdiam diri? 

Tentunya tidak!
Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan membentukperpaduan Islam yang syumul dalam usaha mengembalikan semula sistem khilafah yang telah lama hilang.

Wallahua’lam.

4 comments:

  1. kejatuhan empayar bermula apabila portugis berjaya menggunakan jalan laut ke asia dan membeli rempah ratus lebih mahal sedikit berbanding pedagang islam dan menjualnya murah sedikit di eropah...sebelum ekspedisi pelayaran eropah rempah ratus amat mahal di eropah kerana terlalu byk jaringan org tengah...melaka..goa..yaman..mekah..syam..eropah

    ReplyDelete
  2. kejatuhan empayar bermula apabila portugis berjaya menggunakan jalan laut ke asia dan membeli rempah ratus lebih mahal sedikit berbanding pedagang islam dan menjualnya murah sedikit di eropah...sebelum ekspedisi pelayaran eropah rempah ratus amat mahal di eropah kerana terlalu byk jaringan org tengah...melaka..goa..yaman..mekah..syam..eropah

    ReplyDelete
  3. Bodoh punya Mustafa Kamal pada masa itu...Punca zaman sekarang jadi huru hara...Kau tanggunglah dosa khianatt yang berhatikan nafsu syaitan kau tu ..

    ReplyDelete
  4. dalam hadist Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daawud As-Sijistaaniy rahimahullah :

    حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ عَنْ شَرَاحِيلَ بْنِ يَزِيدَ الْمُعَافِرِيِّ عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِيمَا أَعْلَمُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

    Telah menceritakan kepada kami Sulaimaan bin Daawud Al-Mahriy, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb, telah mengkhabarkan kepadaku Sa’iid bin Abi Ayyuub, dari Syaraahiil bin Yaziid Al-Mu’aafiriy, dari Abu ‘Alqamah, dari Abu Hurairah –radhiyallaahu ‘anhu-, yang mana aku mengetahuinya dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”

    maka jika dilihat terakhir jatuhnya ke khalifahan islam tahun 1924, maka bukan tidak mungkin di 100 tahun setelahnya (tahun 2024) akan muncul pembaharu / pelurus agamanya (islam). amin

    ReplyDelete

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA