Wednesday 13 March 2013

Tanah Amanah Allah : Masjid Al-Aqsa dan Palestin

DIPOS OLEH Unknown PADA 04:37



Bismillahirrahmanirrahim,

Saudara-saudara yang dirahmati Allah.
Saban hari, Masjid Al-Aqsa kian dalam keadaan kritikal dan tenat, strukturnya sekarang makin retak. Kononnya mereka mendakwa di tapak Masjid Al-Aqsa itu terdapat kesan sejarah daripada bangsa mereka, lalu mereka berhak menduduki tanah tersebut meskipun diambil dengan cara yang zalim daripada penduduk asal Palestin.

Saudara-saudara,


        Ayuh kita telusuri sebuah sejarah yang paling tepat iaitu sejarah bersumberkan Al-Quran. Al-Quran menceritakan tentang kezaliman dan kefasadan yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi terhadap tanah air mereka  dan terhadap para nabi yang diutuskan kepada mereka.


Allah berfirman:
“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu : Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” 
-Surah Al Isra' ayat 4-

       Inilah penyaksian yang diceritakan di dalam Al-Quran, mereka sendiri melakukan kezaliman di atas tanah air yang Allah telah amanahkan kepada mereka di zaman mereka sebanyak dua kali. Apabila mereka diberikan kemuliaan, mereka berlaku zalim dan sombong.

“Dan kenangkanlah ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama ) empat puluh malam,Kemudian setelah ia pergi,kamu menyembah (patung) anak lembu,dan kamu sebenarnya orang orang yang zalim (terhadap diri sendiri“.
-Surah Al Baqarah ayat 51-

       Telah Allah khabarkan secara jelas tentang Bani Israel yang mengambil selain Allah sebagai tuhan ketika Nabi Musa pergi beruzlah selama empat puluh malam. Sesungguhnya mereka telah mendustakan ajaran Rasul utama mereka yang mereka imani sehingga sekarang .



“Dan kenangkanlah ketika kami berkata: Wahai Musa,kami tidak sabar(sudah jemu) dengan makanan sejenis sahaja,maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami,supaya di keluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi,dari sayur sayurannya ,dan mentimunnya,dan bawang putihnya,dan adas(kacang dalnya),serta bawang merahnya , Nabi Musa menjawab : Adakah kamu mahu menukarkan sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu ,Dan mereka di timpakan dengan kehinaan dan kepapaan ,dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian  itu ialah di sebabkan mereka kufur(mengingkari)ayat – ayat perintah Allah ,dan mereka pula membunuh Nabi – nabi dengan tidak ada alasa yang benar .Yang demikian itu ialah di sebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh“.
-Surah Al Baqarah ayat 61-

       Telah Allah khabarkan kepada kita, mereka ditimpa kesusahan dan kemiskinan. Namun Allah dengan  rahmatNya, mengeluarkan mereka daripada kesusahan itu agar mereka berubah. Namun mereka tetap berdusta dengan para Nabi, bahkan membunuh para Nabi mereka tanpa alasan yang benar dan hak.



“Mereka berkata kepada Musa :Wahai Musa,sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama lama nya selagi kaum itu masih berada di dalamnya,oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka.Sebenarnya kami di sini akan duduk dan menunggu“.
-Surah Al Maidah ayat 24-

       Lihatlah! Ketika diseru oleh Nabi Musa untuk memerangi kaum yang bongkak dan sombong di tanah Palestin itu seterusnya menegakkan syariat Allah di tanah Allah berkati dan ketika mana pada zaman itu mereka paling layak memegang amanah menjaga tanah tersebut . Mereka menjawab dengan lekeh dan menghina terhadap Nabi Musa secara tidak langsung mereka memperlekehkan Allah.
Naudzubillahu min zalik.


“Katakanlah:Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu?Ialah orang orang yang di laknat oleh Allah dan di murkaiNya, dan orang orang yang di jadikan di antara mereka kera dan babi,dan penyembah Thaghut.Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul“.
-Surah Al Maidah ayat 60- 

      Telah Allah khabarkan wahai saudara-saudara, kezaliman sebelum mereka memasuki Palestin dan ketika mereka sudah memasuki Palestin. Seterusnya mereka berterusan mendustakan, membunuh para Nabi, serta yang paling zalim apabila mereka mengambil tuhan selain Allah.




       Nah! Inilah balasan di atas kerja kerja Thaghut yang sekian lama mereka perbuat, setelah diberi peringatan, diberi pengampunan, namun mereka berterusan di atas jalan yang batil. Maka jadilah mereka seperti kera dan khinzir.


Sahabat sahabat yang saya sayangi sekalian,

      Jelas terang lagi bersuluh, kronologi sejarahsifat mereka ketika berhadapan dengan Risalah yang telah ditawarkan kepada mereka, keadaan ketika diseru mengambil panji kepimpinan yang diletakkan amanah kepada mereka untuk mentadbir  Palestin, mereka buat acuh tidak acuh dan memperlekehkan. Setelah sekian lama perbuatan mereka yang berterusan melakukan kezaliman, mereka tidak lagi berhak menduduki  tanah “Baarakna Haw Lahu” dan tidak patut diberikan kepimpinan di atas tanah Palestin .


       Akhirnya terbukti jua kezaliman yang mereka lakukan. Kesombongan yang mereka perbuat di atas bumi amanah Allah, iaitu Palestin.

Ayuh sahabat-sahabat,


      Persiapkan jiwa, berkorban harta yang ada untuk istiqamah bersama dalam isu membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin, kerana kitalah yang diamanahkan oleh Allah dan lebih berhak menduduki tanah “Baarakna Haw Lahu“.

0 comments:

Post a Comment

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA