Sunday 17 March 2013



Bismillahirrahmanirrahim.

Isu Masjid Al-Aqsa bukanlah isu yang asing buat kita semua. Sebagai umat Islam yang prihatin, mengambil tahu mengenai keadaan umat Islam di sana adalah menjadi kewajipan buat kita semua. Beruntunglah mereka yang sedar akan hakikat ini. Membentuk insan yang benar-benar peka tentang isu umat memerlukan sebuah usaha yang berpanjangan dan bersungguh.

Allah telah berfirman :



"Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." [ Surah Al-Isra' 17 : 1 ]


Mengapakah Masjid Al-Aqsa penting buat umat Islam?

1)Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah swt telah membawa Nabi Muhammad saw berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Nabi Muhammad saw juga dipilih menjadi imam solat kepada para nabi yang terdahulu. Al-Quran telah menyebutkan Masjid al-Aqsa adalah masjid yang telah diberkahi sekelilingnya “Baarakna Haw Lahu”.
2)Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukarkan ke Masjid Al-Haram di Mekah.
3)Masjid Al-Aqsa, masjid kedua yang dibangunkan di dunia.
4)Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam akidah umat Islam.

Sebagai umat Islam, semestinya kita berusaha untuk menjaga dan memelihara kesucian Masjid Al-Aqsa dengan apa cara sekalipun. 

Allah berfirman yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” [ Surah As-Saff 61 : 10-11 ]

Apakah peranan kita sebagai umat Islam?

1)Berusaha mendalami dan mengkaji sejarah Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
2)Menerapkan sikap ambil tahu tentang keadaan umat Islam di Palestin, dalam keluarga dan masyarakat.
3)Berusaha memboikot barangan zionis dan pendokong mereka.
4Memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan Masjid Al-Aqsa.
5Menyebarkan isu tentang keadaan umat Islam di Palestin, khususnya Masjid Al-Aqsa kepada orang ramai dengan apa cara sekalipun.
6Berdoa kepada Allah swt semoga Masjid Al-Aqsa diselamatkan daripada musuh-musuh umat Islam.

Masjid Al-Aqsa menyimpan seribu satu sejarah silam yang sangat penting buat umat Islam. Ianya juga merupakan saksi di mana Islam pernah gemilang suatu ketika dahulu. Apakah peranan kita dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat terdahulu? Sudah tiba masanya untuk kita bertindak saat ini juga. Kembalikan maruah umat Islam yang semakin terhakis. Bangunlah wahai pemuda! 

0 comments:

Post a Comment

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA