Sunday 10 March 2013

Doa Buat Samer Issawi

DIPOS OLEH Unknown PADA 03:02


Mungkin ramai tidak mengenali beliau seperti mana Syeikh Ahmad Yassin, Ahmad Al-Ja’bari mahupun Muhannad Tahir. Beliau adalah seperti kebanyakan penduduk Palestin yang lain; dilahirkan dan menghabiskan saki baki hidup dalam tekanan Israel.

Beliau telah ditahan buat pertama kali ketika umur 17 tahun selama 2 tahun. Beliau kemudiannya ditahan semula ketika berumur 20 tahun dan menerima hukuman tahanan selama 30 tahun di atas tuduhan menentang penjajahan Yahudi.

Selepas 10 tahun ditahan beliau dilepaskan semula selepas berlakunya proses pertukaran tahanan yang telah ditaja oleh kerajaan Mesir.  Seorang tentera Yahudi yang bernama Gilad Shalit telah ditukar dengan 1027 orang tahanan rakyat  Palestin. Tetapi, pada 7 Julai 2012 beliau telah ditahan semula di Hizma, salah satu kawasan di Jerusalem. Beliau telah ditahan atas tuduhan yang tidak relevan iaitu keluar dari wilayah Jerusalem. Sesetengah rakan beliau juga ditahan atas sebab yang tidak yang dinyatakan.

Maka bermulalah episod mogok lapar beliau. Mogok lapar itu dilakukan sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Yahudi yang berlaku yang tidak adil terhadap rakyat  Palestin. Sehingga kini, sudah lebih 200 hari Samir Issawi meneruskan mogok lapar.

Syeikh Yusof Al-Qaradhawi telah berfatwa bahawa harus hukumnya bagi tahanan Palestin untuk mogok lapar kerana ia satu-satunya cara yang mereka mampu dalam menentang kezaliman, dan cara tersebut memberi tekanan terhadap kafir (harbi) dengan syarat mogok itu tidak membawa kepada kematian.

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …” – Qaradhawi.





0 comments:

Post a Comment

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA