Friday, 31 May 2013

31 Mei 2010 : Tragedi Kapal Mavi Marmara

DIPOS OLEH Unknown PADA 01:02
Sebuah kapal besar, Mavi Marmara milik Turki belayar merentasi Laut Marmara menuju ke Gaza dalam usaha untuk memberikan barangan bantuan kepada mangsa kekejaman Zionis. Kapal Mavi Marmara berlepas dari pelabuhan di Istanbul menuju ke Selatan Turki untuk mengambil penumpang di Pelabuhan Antalya, sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Terdapat lapan buah kapal lain yang terdiri daripada beberapa negara turut mengiringi Mavi Marmara menuju...

Tuesday, 21 May 2013

Nasib Bangsa Penyelamat Al-Quds

DIPOS OLEH Unknown PADA 23:37
Kenalkah anda dengan bangsa Kurdish? Kurdish merupakan satu bangsa penduduk asli satu wilayah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan, iaitu satu wilayah yang meliputi sebahagian Iran, Iraq, Syria, dan Turki.  Bangsa Kurdish adalah bangsa Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya, yang mana telah membebaskan Al-Quds dari perang Salib, walaupun mereka bukan Arab tetapi mereka telah berjaya membuktikan kekuatan mereka membela nasib umat Islam, walaupun tanah Al-Quds yang dijajah itu bukannya...

Saturday, 18 May 2013

Kunjungan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ke Gaza

DIPOS OLEH Unknown PADA 17:10
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi telah melakukan lawatan ke Gaza selama dua hari pada 8 dan 9 Mei 2013. Kedatangan beliau yang dijemput oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk Gaza. Dalam ucapan ketika majlis keraikan ketibaannya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi  telah mengingatkan penduduk Palestin agar sentiasa mengingati janji perjuangan ini bersama iaitu membebaskan tanah Gaza dan Palestin kesemuanya dan diwariskan semangat ini kepada...

Monday, 6 May 2013

Apakah maksud di sebalik perkataan “baarakna”? “Baarakna” bermaksud “yang telah Kami berkati”, telah disebut sebanyak enam kali di dalam Al-Quran. Terdapat mesej penting yang ingin disampaikan kepada umat manusia seluruhnya melalui ayat-ayat ini. Sebelum itu, mari sama-sama kita lihat satu-persatu ayat yang mengandungi kalimah “baarakna” ini. 1) Maksudnya : Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang...

Thursday, 2 May 2013

As-Syahid Ahmad Al-Ja'bari

DIPOS OLEH Unknown PADA 03:57
15 November 2012, dunia dikejutkan lagi dengan kesyahidan salahseorang pimpinan Hamas yang sangat berwibawa. Beliau adalah Ahmad Said Khalilal-Ja’bari  atau lebih dikenali sebagai AhmadAl-Ja’bari. Beliau syahid akibat serangan udara oleh tentera Israel  sewaktu berada di dalam kenderaan bersama pengawal peribadinya, Mohammed al-Hams. Serangan udara yang digelar ‘pinpoint airstrike’itu cukup untuk menggambarkan betapa tingginya keinginan Israel untukmelenyapkan kewujudan beliau dari...

AL-AQSA KEPRIHATINAN BERSAMA