
Hamas adalah
singkatan kepada Harakat al-Muqawama al-islamiyya, atau yang bermaksud Gerakan
Pembela Islam. Ia ditubuhkan pada 14 Disember 1987 oleh As-Syahid Syeikh
Ahmad Yassin beserta beberapa orang yang meyakini manhaj dan pemikirannya.
Tujuan utama gerakan HAMAS adalah untuk mendirikan dan mempertahankan negara
Palestin melalui jihad yang diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Dalam manifesto
gerakan, telah dijelaskan bahawa kemunculan Intifadhah adalah demi kemuliaan
rakyat sebagaimana...